Wednesday, 22 May 2013

Mulanya di sini... Ain Allynda Collections

Ain Allynda Collections merupakan laman web yang memperagakan tudung dan telekung yang dimport dari Vietnam. Pelbagai jenis corak, paten dan warna yang ditawarkan untuk pilihan pengunjung blog ini. 




Ain Allynda Collections bermula ketika saya sering berulang alik ke Bandaraya Ho Chi Minh pada pertengahan tahun 2009 atas urusan rasmi syarikat. Saya sendiri tertarik dengan kualiti tekstil dan produk muslim yang terdapat di sana. 

Di atas permintaan ramai yang mulanya terdiri daripada rakan sekerja, saya memperkembangkan bisnes ini secara online untuk memudahkan urusan jualan dan penghantaran produk kepada pelanggan saya.